Saturday, 25 February 2012

PERSATUAN AKTIVIS KUDA KELANTAN (PERKUDA)


Pengenalan



Persatuan Aktivis Kuda Kelantan (Perkuda)-[0245-12-KEL] adalah sebuah persatuan yang didaftarkan pada 25 Januari 2012 dimana sebuah persatuan peringkat negeri Kelantan. Lokasi utama aktiviti adalah kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perkuda beroperasi di premis Kampung Tok Kassim, Tebing Tinggi Kemumin 16100 Kota Bharu, Kelantan.




Objektif Penubuhan


Tujuan penubuhan Perkuda adalah untuk membangunkan Industri Ekuin di negeri Kelantan. Memandangkan aktivis kuda negeri Kelantan semakin bertambah, industri ini memerlukan suatu perancangan yang rapi agar perkembangan mencapai tahap bukan sahaja peringkat kebangsaan (National) malah ke peringkat antarabangsa (International).

Walaupun selama ini hampir 40 tahun aktivis kuda memperjuangkan kuda di negeri Kelantan, namun pencapaian yang ada setakat belum lagi mencapai pengiktirafan secara profesional  seperti British Horse Society (BHS) dan lain-lain pertubuhan di Malaysia. Ekoran dari perkara ini PERKUDA ditubuhkan agar pencapaian Industri Ekuin akan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, sosial, sukan, dan budaya di negeri Kelantan.

Sejarah Lampau Perkuda



Walaupun tarikh penubuhan Perkuda pada awal tahun 2012, namun hakikat sebenarnya Perkuda telah memperjuangkan Industri Ekuin telah hampir 40tahun di negeri Kelantan yang melibatkan 4 generasi sehingga sekarang. Namun aktiviti ekuin yang berlangsung hanya Sukan Lumba Berkuda Kelantan (Kelantan Amatur Racing) yang berlangsung di sekitar Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang pada mulanya di asaskan oleh Pok Mat 4 dan disambung oleh Ruslan Bin Abdullah (Abe Lan) dimana Abe Lan dilantik sebagai Presiden Perkuda .  

No comments:

Post a Comment