Sunday 26 February 2012

BORANG PENDAFTARAN AHLI PERSATUAN AKTIVIS KUDA KELANTAN (PERKUDA)




Cara- Cara Pendaftaran Ahli Perkuda :


1- Download dan print borang dibawah:

3- Sila sertakan bersama 2 keping gambar berukuran pasport untuk tujuan kad ahli dan salinan                    pengurusan.

4- Sila sertakan salinan kad pengenalan 1 keping.

5- Borang yang lengkap diisi  dan bersama dokumen lain hendaklah dihantar ke alamat Perkuda seperti              berikut:


     Pegawai Pendaftaran Ahli
     Persatuan Aktivis Kuda Kelantan (Perkuda)
     Kampung Wakaf Tok Kassim, Tebing Tinggi Kemumin,
     16100 Kota Bharu, Kelantan.

6- Wang pendaftaran=RM10 dan Yuran Tahunan=RM10 hendaklah dihantar melalui AJK Perkuda          yang dilantik mengikut kawasan. Bagi ahli yang berada di luar negeri Kelantan, bayaran hendaklah di            buat melalui akaun bank Perkuda. Sebagai makluman, proses pembukaan akaun bank Perkuda masih         didalam urusan dan akan diberitahu kemudian.

Nota: Bagi pendaftaran di luar Kelantan, pastikan borang diisi dengan lengkap untuk senang dihubungi.
          Wang pendaftaran dan yuran bulanan boleh dibayar melalui akaun bank atau wang pos.






Saturday 25 February 2012

SOKONGAN PERKUDA

Setakat ini Perkuda telah berjaya meraih beberapa entiti penting dalam industri ekuin dimana ia boleh membantu pergerakan Perkuda bukan sahaja di peringkat nasional malah ke peringkat antarabangsa. Syarikat Setia Brothers SDN. BHD. adalah satu-satunya syarikat yang telah mendapat pengiktirafan dari British Horse Society (BHS) di Asia Tenggara berkenaan seluruh aktiviti ekuin dimana Pengasasnya adalah Dr. Nek Abdul Rahman Saleh. Setakat ini Beliau adalah Penaung kepada Persatuan Aktivis Kuda Kelantan (PERKUDA).







PENGASAS UTAMA PERSATUAN AKTIVIS KUDA KELANTAN (PERKUDA)
LOGO PERKUDA

PERSATUAN AKTIVIS KUDA KELANTAN (PERKUDA)


Pengenalan



Persatuan Aktivis Kuda Kelantan (Perkuda)-[0245-12-KEL] adalah sebuah persatuan yang didaftarkan pada 25 Januari 2012 dimana sebuah persatuan peringkat negeri Kelantan. Lokasi utama aktiviti adalah kawasan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Perkuda beroperasi di premis Kampung Tok Kassim, Tebing Tinggi Kemumin 16100 Kota Bharu, Kelantan.




Objektif Penubuhan


Tujuan penubuhan Perkuda adalah untuk membangunkan Industri Ekuin di negeri Kelantan. Memandangkan aktivis kuda negeri Kelantan semakin bertambah, industri ini memerlukan suatu perancangan yang rapi agar perkembangan mencapai tahap bukan sahaja peringkat kebangsaan (National) malah ke peringkat antarabangsa (International).

Walaupun selama ini hampir 40 tahun aktivis kuda memperjuangkan kuda di negeri Kelantan, namun pencapaian yang ada setakat belum lagi mencapai pengiktirafan secara profesional  seperti British Horse Society (BHS) dan lain-lain pertubuhan di Malaysia. Ekoran dari perkara ini PERKUDA ditubuhkan agar pencapaian Industri Ekuin akan memberi kesan kepada aktiviti ekonomi, sosial, sukan, dan budaya di negeri Kelantan.

Sejarah Lampau Perkuda



Walaupun tarikh penubuhan Perkuda pada awal tahun 2012, namun hakikat sebenarnya Perkuda telah memperjuangkan Industri Ekuin telah hampir 40tahun di negeri Kelantan yang melibatkan 4 generasi sehingga sekarang. Namun aktiviti ekuin yang berlangsung hanya Sukan Lumba Berkuda Kelantan (Kelantan Amatur Racing) yang berlangsung di sekitar Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang pada mulanya di asaskan oleh Pok Mat 4 dan disambung oleh Ruslan Bin Abdullah (Abe Lan) dimana Abe Lan dilantik sebagai Presiden Perkuda .